Banjir kian pulih, jumlah mangsa berkurangan - Utusan Malaysia

Banjir kian pulih, jumlah mangsa berkurangan

KEADAAN banjir termenung di hadapan sebuah rumah penduduk di Pekan Sri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan walaupun perlahan akibat fenomena banjir termenung.

Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 36,086 mangsa daripada 10,153 keluarga masih ditempatkan di 116 PPS berbanding 37,503 orang pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, empat daerah masih terjejas, ekoran banjir termenung dengan Batu Pahat kekal menempatkan paling ramai mangsa, iaitu 35,849 orang.

“Ini diikuti daerah Muar dengan 111 mangsa, Segamat (102) dan Tangkak (24),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Tiada lagi sungai yang diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, menunjukkan trend pemulihan positif.

Tujuh laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Parit Haji Ali, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Lingkaran Kahang Barat serta Jalan GSA Chamek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya