Bah Johor makin pulih, 31,680 mangsa di 107 PPS - Utusan Malaysia

Bah Johor makin pulih, 31,680 mangsa di 107 PPS

SEBUAH rumah penduduk di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang masih digenangi banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini semakin menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurangan menjadi 31,680 daripada 8,992 keluarga ditempatkan di 107 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 35,230 orang daripada 9,913 keluarga, semalam.

Beliau berkata, Muar pulih sepenuhnya setelah PPS di Balai Raya Kampung Jawa, Bukit Kepong, Pagoh yang menempatkan 42 mangsa daripada 14 keluarga ditutup semalam.

“Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu menunjukkan penurunan dengan 31,581 orang daripada 8,966 keluarga di 103 PPS. Daerah Tangkak kekal dengan jumlah  mangsa 24 orang  daripada tiga keluarga ditempatkan di sebuah PPS. Begitu juga di Segamat, jumlah mangsa kekal 75 mangsa melibatkan 23 keluarga di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di negeri ini.

Setakat ini semua sungai yang sebelum ini berada pada paras bahaya sudah kembali pada paras normal.

Walau bagaimanpun, empat jalan di daerah Batu Pahat masih ditutup kerana banjir, iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng-Muar dan Jalan Haji Arif.

Lapan lagi jalan hanya dibuka untuk kenderaan berat, antaranya Jalan Parit Warijo, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Jalil, Jalan Bindu, Jalan Panchor dan Jalan Parit Karjo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya