Bah: Hanya Batu Pahat, Segamat masih terjejas - Utusan Malaysia

Bah: Hanya Batu Pahat, Segamat masih terjejas

KEADAAN banjir termenung yang bertakung di hadapan sebuah rumah penduduk di Pekan Sri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila hanya dua daerah, iaitu Batu Pahat dan Segamat yang masih terjejas.

Malah, jumlah mangsa yang masih mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) juga kian berkurangan, iaitu seramai 26,263 orang daripada 7,389 keluarga masih ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, Batu Pahat kekal daerah paling terjejas dengan seramai 26,219 mangsa yang ditempatkan di 93 PPS.

Sementara itu, hanya tinggal 44 mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Segamat.

“Daerah lain yang terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah terlibat telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, hanya sebatang sungai yang diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat.

Selain itu, hanya tiga jalan di negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat; Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya