Bah kian pulih, hanya Batu Pahat masih 'termenung' - Utusan Malaysia

Bah kian pulih, hanya Batu Pahat masih ‘termenung’

HALAMAN sebuah rumah di Kampung Sri Mendapat di Parit Raja, Batu Pahat yang masih digenangi banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya daerah Batu Pahat yang masih terjejas.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 10,046 mangsa daripada 2,879 keluarga masih ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah terbabit.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, pada hari ini seramai 883 penduduk daripada 257 keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing setelah banjir beransur pulih.

Katanya, tindakan pihak berkuasa mengepal air di kawasan banjir termenung serta cuaca panas sejak beberapa hari lalu menjadi membantu proses pemulihan dengan cepat.

“Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan daripada 10,396 penduduk yang dilaporkan pagi tadi kepada 1,0046 mangsa setakat tengah hari tadi yang tinggal di 50 PPS dan jumlah itu dijangka akan terus berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di negeri ini.

Dalam pada itu, tiga sungai di Batu Pahat yang berada di paras berbahaya, iaitu Sungai Bekok, Sungai Sembrong dan Sungai Senggarang tidak menunjukkan perubahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN