Hanya Batu Pahat masih terjejas, 10,396 mangsa di 51 PPS - Utusan Malaysia

Hanya Batu Pahat masih terjejas, 10,396 mangsa di 51 PPS

GOLONGAN wanita bergotong-royong memasak makanan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pandan di Parit Raja, Batu Pahat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini terus menunjukkan tanda pemulihan apabila setakat pukul 8 pagi ini, hanya seramai 10,396 mangsa daripada 2,977 keluarga masih ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu terus menunjukkan pengurangan berbanding seramai 13,872 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, hanya tinggal satu daerah masih terjejas, iaitu Batu Pahat kerana fenomena banjir termenung.

“Namun, situasi sedang dalam trend pemulihan dan dijangka  banjir akan pulih tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau amaran ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, paras air di tiga sungai di Batu Pahat menunjukkan trend peningkatan, namun tidak melepasi kategori berbahaya, iaitu Sungai Bekok, Sungai Sembrong dan Sungai Senggarang.

Selain itu, tiga jalan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya