Bah Johor: 967 mangsa masih huni PPS - Utusan Malaysia

Bah Johor: 967 mangsa masih huni PPS

HALAMAN sebuah rumah penduduk berhampiran Sungai Terusan di Parit Yaani, Batu Pahat masih digenangi air walaupun banjir hampir surut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 967 mangsa banjir daripada 268 keluarga di daerah Batu Pahat masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 1,086 mangsa daripada 299 keluarga yang direkodkan pada 8 malam tadi

“Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih disebabkan faktor cuaca cerah sejak beberapa hari lalu selain usaha kerajaan mengepam keluar air banjir termenung di kawasan terjejas.

“Pada hari ini sahaja, seramai 119 mangsa daripada 30 keluarga telah dibenarkan pulang  ke kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS yang masih beroperasi di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Kota, Yong Peng; SK Seri Medan, Sekolah Agama Seri Bertam dan Dewan Orang Ramai Yong Peng.

Turut masih beroperasi ialah PPS di SK Seri Aman, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hua Min, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Medan SA Seri Comel.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya