Ahli Parlimen Pendang diarah keluar dewan, rehat dua hari 

Ahli Parlimen Pendang diarah keluar dewan, rehat dua hari 

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang dari Perikatan Nasional (PN), Awang Solahuddin Hashim diarahkan keluar dewan dan ‘direhatkan’ selama dua hari selepas didakwa menganggu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli apabila mencelah beberapa kali walaupun tidak diberi ruang. 

Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas keadaan semakin tidak terkawal apabila Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menggelarnya ‘badut’. Beliau bagaimanapun menarik semula perkataan itu selepas diminta Johari.

Rafizi: Pendang kalau hendak jadi badut, boleh cari menteri lain berucap, bukan masa saya. Saya ada benda penting mahu sebut. 

Awang Solahuddin kemudian bangkit dan mendakwa ucapan Rafizi itu mempunyai sangkaan jahat sebelum Johari memutuskan supaya beliau keluar dewan selama dua hari.

Johari: Saya rehatkan Pendang untuk dua hari, keluar sekarang, hari ini dan esok. Saya sudah beritahu awal kalau menteri tidak beri masa dan tempat, Pendang jangan bangkit sebab menteri tidak bagi (mencelah), tetapi beliau bangkit juga.

Bulan lalu dalam sidang yang sama Awang Solahuddin berdebat dengan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. 

Ini kerana beliau mendakwa tidak diundang pada majlis penyerahan Hospital Pendang dan perkataan ‘tidak beradab’ dan ‘tiada akhlak’ terus dilontar terhadap Zaliha. 

Namun, kenyataan tersebut sudah ditarik balik selepas ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya