Ugut bunuh ibu sendiri, lelaki dipenjara 10 bulan - Utusan Malaysia

Ugut bunuh ibu sendiri, lelaki dipenjara 10 bulan

MOHAMAD Azuandi Sitam (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin, bagi didakwa atas pertuduhan mengugut bunuh ke atas ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Jelai 1, Gemas, Tampin, Selasa lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh ke atas ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Jelai 1, Gemas, di sini, Selasa lalu.

Tertuduh, Mohamad Azuandi Sitam, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 21 Februari lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan luar rumah di Felda Jelai 1, tertuduh telah menakutkan secara jenayah terhadap ibunya berusia 68 tahun dengan ugutan hendak membunuh.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, mangsa iaitu si ibu bersama seorang lagi anak lelakinya dan menantu perempuan sedang mengemas di kawasan luar rumah.

Secara tiba-tiba, tertuduh yang merupakan anak lelaki mangsa telah memarahi ketiga-tiga ahli keluarganya itu yang berada di luar rumah kerana membuat bising.

Mangsa telah meminta tertuduh supaya bertenang kerana malu dengan jiran-jiran yang melihat dan tiba-tiba tertuduh mengamuk dan memarahi mangsa serta mengacu sebilah pisau pemotong daging serta mengeluarkan kata-kata ugutan kepada mangsa/

Wanita itu terus melarikan diri ke rumah adiknya untuk menyelamatkan diri dan menantunya telah menghubungi pihak polis kerana bimbang dengan keselamatan diri selain datang ke balai polis bagi membuat laporan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh tertuduh ditangkap.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya