Tujuh maut di Genting Highlands dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Tujuh maut di Genting Highlands dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang

ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands di sini dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti di Genting Highlands.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 1.15 tengah hari itu pemandu van, Wong Choun Chiet, 49, serta lima penumpang, Foon Ah Lan, 67, Lee Moy, 67, Goh Siew Kim, 61, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72.

Seorang lagi penumpang, Chang Them Kong, 70, dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan polis mendapati kesemua penumpang yang terdiri daripada 12 wanita dan seorang lelaki dalam perjalanan dari Genting Highlands pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti di pusat peranginan tanah tinggi itu.

“Ketika sampai di sebatang jalan berselekoh van persiaran itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan sebelah kanan.

“Pemandu, lima orang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Dua lagi mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian ini supaya tampil membantu siasatan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.