% Tiga remaja dituduh rogol kanak-kanak BERITA

Tiga remaja dituduh rogol kanak-kanak

SALAH seorang remaja yang dituduh di Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak di sebuah hotel di Bahau, hujung bulan lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiga orang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak di sebuah hotel di Bahau, pada hujung bulan lalu.

Seorang daripada tertuduh yang berusia 16 tahun dituduh di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan manakala dua orang lagi berusia 17 dan 14 tahun yang dibaca pertuduhan secara bersama telah dituduh di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 16 tahun pada 29 Januari lalu di dalam sebuah hotel di Bahau, telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun 10 bulan tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 pagi hingga 1 petang di hotel tersebut. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan. 

Bagi pertuduhan bersama kepada remaja berusia 17 dan 14 tahun, pada 28 Januari lalu, kira-kira pukul 11.30 malam di hotel yang sama secara berkumpulan telah merogol seorang kanak-kanak juga mangsa yang sama.

Dengan itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 375B Kanuk Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak melebihi tempoh 30 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Baharudin Bah Bam manakala dua tertuduh diwakili peguam masing-masing iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk P. M Nagarajan manakala seorang lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap tertuduh dan kes disebut semula pada 22 Mac ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN