SPRM siasat kerugian UiTM Holdings

SPRM siasat kerugian UiTM Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings mengesahkan isu kerugian RM157.04 juta syarikat itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, jurucakap syarikat itu berkata, dakwaan terhadap per­kara itu bukan baharu, malah SPRM sudah pun mengambil tindakan lebih dua tahun lalu untuk menyiasat ketidakcekapan dalam pengurusannya sehingga mengundang kerugian besar da­lam tempoh empat tahun berturut-turut.

“Pengurusan UiTM Holdings memang memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. Malah, kami juga menyerahkan dokumen-dokumen diperlukan termasuk melibatkan pelaburan yang dikatakan mengalami ke­­rugian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Malah, anak syarikat UiTM itu menjelaskan, syarikat itu kini di bawah pengurusan baharu sejak Disember 2021 dan menekankan tadbir urus korporat yang baik serta memastikan perniagaan dijalankan benar-benar berpotensi dan berdaya tahan.

Menurutnya, syarikat itu juga tidak lagi menguruskan perniagaan milik UiTM seperti Intekma Resort dan Convention Centre selepas aset berkenaan dikembalikan semula pada universiti itu sejak 2019.

UiTM Holdings kini me­nyasarkan empat sektor yang menyumbang kepada peningkatan nilai aset perniagaan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sektor perniagaan diceburi seperti solar, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

“Pengurusan baharu mele­takkan sasaran UiTM Holdings untuk menjadi pemain dalam pasaran yang signifikan meliputi industri berpotensi besar.

“Dalam bidang solar, kami mempunyai dua ladang solar di Pasir Gudang, Johor dan Gambang, Pahang serta me­laksanakan projek rooftop solar di tujuh kampus UiTM.

Bidang teknologi pula, kami terlibat dalam perniagaan telco, pe­ngurusan wifi dan sistem pengurusan akademik seperti smart classroom yang mana klien terdiri daripada korporat dan universiti awam.

“Sementara penjagaan kesihatan pula, syarikat melalui UiTM Private Specialist Centre (UPSC) mengembangkan perniagaan dengan penambahan bilangan katil. Perniagaan ini merupakan paling berpotensi.

“Bagi bidang kreatif, UiTM Holdings menguruskan galeri seni komersial UiTM yang sudah pun menjadualkan 16 pameran pada tahun ini dengan memberi peluang kepada pengli­batan mahasiswa, pensyarah dan alumni,” jelasnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan UiTM Holdings mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewa­ngannya bagi tahun 2020, jus­teru kerugian terkumpul dica­tatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperoleh Utusan Malaysia, anak syarikat UiTM yang ditubuhkanpada 2007 itu pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada 2011, 2014, 2015 dan 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×