SME Corp. jangka pendapatan peserta IB-VCDI Serai Malaya meningkat - Utusan Malaysia

SME Corp. jangka pendapatan peserta IB-VCDI Serai Malaya meningkat

RIZAL Nainy (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Ladang Serai Anak Air Bulan, Batu Kikir, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: SME Corporation Malaysia (SME Corp) menjangkakan peningkatan penjanaan pendapatan dalam kalangan peserta projek Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) Serai Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp, Rizal Nainy berkata, peningkatan sehingga 50 peratus itu didorong sambutan dan permintaan produk berkaitan serai di pasaran seluruh dunia.

“Produk tanaman serai telah mendapat sambutan yang tinggi bukan sahaja di Asia namun di pasaran dunia. Kami menyahut cabaran bagi produk Malaysia di luar negara agar dengan menjalankan penanaman serai yang berkualiti dan sekali gus dapat membantu pasaran serai termasuk beberapa produk seperti teh serai, serbuk serai, minyak pati serai yang mula menerima sambutan tinggi.

“Apa yang saya dapat lihat kos penyelenggaraan penanaman serai agak rendah berbanding produk hiliran lain. Selain itu, serai bukan sahaja digunakan dalam masakan namun dijadikan penyembur pencegah nyamuk, produk aromaterapi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Serai Kampung Anak Air Bulan, Padang Lebar, Batu Kikir di sini hari ini.

Projek Rintis IB-VCDI telah dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu dengan pihak SME Corp. melantik empat Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuklah salah satu daripadanya iaitu syarikat Serai Malaya Sdn. Bhd. (Serai Malaya).

Sementara itu, jelas Rizal, selain kelompok Kampung Anak Air Bulan, Batu Kikir, Kuala Pilah terdapat empat lagi kelompok kampung di negeri ini dan Selangor yang menjalankan projek yang sama di bawah Serai Malaya. 

Di bawah projek ini, setiap kelompok akan membekalkan rumpun serai tanpa diproses secara berterusan dan terus kepada syarikat Serai Malaya tanpa melibatkan pihak ketiga. 

“Serai Malaya menjamin pembelian keseluruhan hasil tanaman serai yang diusahakan oleh semua kelompok secara konsisten dan membeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pihak Serai Malaya sebagai SP-IB yang dilantik agar dapat turut menghasilkan pelbagai produk hiliran serai di samping penghasilan minyak pati serai. 

“Sebuah model perniagaan inklusif bukan saja memanfaatkan komuniti yang dibantu menerusi integrasi ke dalam rantaian nilai atau bekalan syarikat malah juga perlu memastikan agar perniagaan syarikat terus berdaya maju dari segi komersial dan menguntungkan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya