SMART bantu koordinasi pasukan antarabangsa

SMART bantu koordinasi pasukan antarabangsa

Seorang lelaki terperangkap dalam runtuhan bangunan menunggu bantuan pasukan penyelamat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) melakar sejarah apabila membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk operasi di Turkiye.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya semalam, tiga pegawai SMART dihantar untuk bertugas di Pusat Berlepas Penerimaan (RDC) di bawah badan induk dunia tersebut dan mereka memiliki kepakaran bertaraf global.

“Mereka akan berkhidmat di markas pusat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Adana. Pegawai tersebut ditugas dalam mengendalikan koordinasi semua pasukan penyelamat dari pelbagai negara luar yang tiba menerusi terminal udara di wilayah Clicia itu.

“Pemilihan SMART merupakan penghormatan bagi Malaysia memandangkan ia diiktiraf antara anggota dalam Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa PBB. Agensi dunia itu yang ditubuhkan pada 1991 lalu terlibat aktif dalam pelbagai misi bencana alam global dengan sekretariat berpusat di pejabat PBB di Geneva, Switzerland,” jelasnya.

SMART merupakan pasukan ketujuh yang diiktiraf sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR) di Asia oleh International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) di bawah naungan PBB.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, di rantau Asia Tenggara, hanya dua negara yang mempunyai kelayakan untuk menjalankan USAR iaitu Malaysia dan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN