Projek Empangan Nenggiri bukan punca ancaman gajah liar di Gua Musang

Projek Empangan Nenggiri bukan punca ancaman gajah liar di Gua Musang

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang dilihat bukan menjadi penyebab utama berlakunya ancaman gajah liar di kawasan penempatan penduduk.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini, masih banyak lagi kawasan hutan simpan di negeri ini yang belum diteroka dan projek tersebut tidak mengganggu habitat haiwan liar.

“Saya rasa, Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bukan faktor utama kerana banyak lagi kawasan hutan yang tidak diusik. 

“Masih ada lebih kurang 51 peratus kawasan hutan simpan di Kelantan. Ini bermakna, separuh lagi kawasan hutan masih hutan simpan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sukatan Gantang Bagi Beras Skim Al-It’aam di Dataran Kemahkotaan Machang di sini hari ini.

Mohd. Amar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara melibatkan haiwan liar kerana ia merupakan bidang kuasa Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

“Isu-isu melibatkan haiwan liar ini perlu dirujuk kepada Perhilitan kerana mereka lebih tahu apa sebab dan punca yang berlaku. Daripada pihak kita (kerajaan negeri), perkara ini agak teknikal.

“Sekiranya ada isu-isu besar, kita akan meminta laporan dari Perhilitan. Setakat ini belum ada laporan, jadi belum serius lagi bagi kita,”katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, lebih 500 penduduk Orang Asli di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke di sini hidup dalam ketakutan selepas kawasan penempatan mereka diceroboh seekor gajah liar sejak bulan lalu.

Penduduk mendakwa, mereka turut berdepan kerugian RM20,000 apabila  tanaman seperti ubi kayu, pisang, tebu dan petai yang diusahakan oleh mereka dimusnahkan gajah liar berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya