PH dan BN mahu jadi pembangkang kuat di Kelantan

PH dan BN mahu jadi pembangkang kuat di Kelantan

Nik Nazmi Nik Ahmad (dua kanan) beramah mesra dengan pengamal media pada majlis makan malam di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerjasama di peringkat pusat tekad menjadi pembangkang kuat di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti bagi melaksanakan semak dan imbang lebih berkesan kepada kerajaan Pas.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ada asasnya apabila gabungan PH dan BN bukanlah pilihan utama rakyat negeri berbanding Pas dengan Perikatan Nasional (PN).

“Tumpuan kita lebih kepada untuk menjadi pembangkang yang kuat dan bukan menggantikan kerajaan sedia ada. Tetapi kita tahu rakyat prihatin terhadap beberapa isu, kadangkala apa yang diumumkan kerajaan negeri tidak berpijak kepada realiti terutama dalam soal gaji dan lain-lain berkait dengan ekonomi negeri.

“Benda ini, kalau ada pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) perkara tersebut dapat dibahaskan secara lebih mendalam pandangan berbeza dapat diutarakan. Itu fokus kita, sebab kami tahu banyak perkara perlu dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk bangkit di Kelantan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam PKR Bersama Pengamal Media Kelantan di sini malam tadi.

Naib Presiden PKR itu memberitahu, pihaknya sudah menjalankan kajian sikap berpandukan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan Pas menang di semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Katanya, keputusan PRU-15 lalu menjadi batu loncatan untuk PH melakukan kebangkitan di Kelantan selepas ini.

“Pertembungan dua penjuru di negeri ini antara Pas dengan gabungan PH dan BN memberikan sedikit kelebihan selepas bertembung tiga penjuru pada PRU-15 lalu.

“Pas sebagai pihak yang sudah lama bertapak di negeri ini sejak tahun 1990 lalu, oleh sebab itu PH dan BN perlu merangka strategi terbaik untuk menghadapi PRN itu nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya