PKR masih berharap Rafizi, Nik Nazmi kembali

PKR masih berharap Rafizi, Nik Nazmi kembali

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin (tengah) bergambar bersama guru dan pelajar selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Beg Sekolah Kepada Murid-murid B40 di SJKC Keh Seng, Bukit Baru, Melaka. UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menaruh harapan agar dua bekas menteri, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kembali menyertai Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, beliau berharap keputusan itu dapat dipertimbang semula demi kepentingan parti dan masa depan pentadbiran negara.

“Itu perkara biasa dalam pemilihan parti. Bila kalah, kita mungkin kecewa, tetapi perasaan itu tidak harus berpanjangan, Saya harap mereka berfikir secara munasabah dan mempertimbangkan untuk kembali ke Kabinet.

“Jika kedua-dua tokoh ini membuat keputusan untuk kembali, ia pastinya akan memperkukuhkan lagi pentadbiran sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Beg Sekolah Kepada Murid-murid B40 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keh Seng, Bukit Baru di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri memaklumkan belum meluluskan peletakan jawatan Mohd. Rafizi dan Nik Nazmi, selain memberi masa kepada mereka untuk berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan muktamad.

Tambah Shamsul yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, beliau memahami tekanan dihadapi kedua-dua tokoh yang masih memainkan peranan penting dalam parti.

“Datuk Seri Rafizi masih Ketua Cabang PKR Pandan dan juga Ahli Parlimen, Saya lihat beliau tetap konsisten dalam pendiriannya dan apa juga perbezaan yang timbul seharusnya dibincangkan secara berhemah di meja rundingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN