Peniaga ‘pening’ cari telur untuk buat kuih raya - Utusan Malaysia

Peniaga ‘pening’ cari telur untuk buat kuih raya

Sebarang perbelanjaan dan risiko mengimport telur ayam ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengimport dan tiada dana awam digunakan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan telur dijangka terus bermasalah menjelang Ramadan dan Aidilfitri, sekali gus menjejaskan peniaga kuih yang menggunakan sumber protein tersebut sebagai bahan utama menghasilkan kuih dan biskut.

Seorang pemilik ladang telur dihubungi berkata, pihaknya menjangkakan pengeluaran di ladangnya menyusut 150,000 biji sehari berbanding 650,000 biji sehari bagi pengeluaran normal akibat kekurangan modal pusingan memasukkan induk ayam atau parent stock (PS) lebih awal.

“Bulan Mac tahun ini baru kami bawa masuk PS baharu. Jadi untuk makluman, kitaran pengeluaran telur di ladang kami sekarang sudah terganggu.

“Sebab, sepatutnya bulan Disember 2021 atau Januari tahun ini kami masukkan PS, tapi terpaksa dianjak ke Mac,” katanya semalam.

Sedangkan, kata beliau, peniaga kuih sudah datang membuat tempahan di ladang namun malangnya mereka `pening’ sebab ladang tidak mampu bekalkan telur diminta.

“Saya bercakap dengan tiga, empat pelanggan. Mereka mahu tempah telur untuk bulan puasa buat kuih raya. Mereka beritahu, mereka penat pergi ladang lain pun, tiada yang boleh beri komitmen bekalkan telur mengikut keperluan,” katanya,” katanya.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya juga menjangkakan kekurangan bekalan telur akan berlarutan sehingga Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Katanya, telur import India tidak dapat menampung kekurangan bekalan bagi musim Ramadan dan Aidilfitri.

Pada masa sama, peruncit telur di Semenyih turut menjangka perkara sama.
Norazlina Jais, 50, berkata, ini kerana bekalan sumber protein itu masih bermasalah sampai sekarang jadi menjelang Ramadan kekurangan itu lebih meruncing.

“Bekalan telur memang tak cukup, ladang memang beritahu tapi kedai saya dapat bekalan sebab bayar lebih sikit,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN