Penganggur dipenjara lima tahun, bawa pelbagai senjata berbahaya - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara lima tahun, bawa pelbagai senjata berbahaya

MOHD. Azmil Haidir (kiri) dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini atas tuduhan membawa pelbagai senjata berbahaya dalam satu pemeriksaan polis di Bandar Seri Jempol, awal bulan ini. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, selepas mengaku bersalah membawa pelbagai senjata berbahaya dalam satu pemeriksaan polis di Bandar Seri Jempol, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Azmil Haidir, 37, yang menetap di sebuah Felda di Jempol membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, pada 1 Februari lalu kira-kira pukul 12.15 tengah malam di sebuah stesen minyak di Bandar Seri Jempol, tertuduh telah didapati dalam miliknya sebilah keris bersarung kayu berwarna coklat, sebilah pisau bersarung warna hitam, sebilah pisau spring berwarna merah hitam dan sebilah pisau lipat berwarna biru, tanpa maksud sah. 

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Pendakwaan telah dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, sepasukan polis dari Bandar Seri Jempol telah menahan tertuduh yang pada ketika itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran motosikalnya.

Pemeriksaan dalam beg sandang tertuduh telah menjumpai pelbagai jenis senjata berbahaya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya