PAAB naik taraf kemudahan bekalan air di 10 sekolah tahun ini - Utusan Malaysia

PAAB naik taraf kemudahan bekalan air di 10 sekolah tahun ini

ZULKIFLEE Omar (tengah) melihat antara kemudahan bekalan air yang dinaik taraf di sekolah sempena Kempen Kesedaran Air PAAB di SK Astana Raja, Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebanyak 10 sekolah telah terpilih pada tahun ini dalam program tanggungjawab sosial korporat, syarikat Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) bagi menaik taraf kemudahan bekalan air di sekolah-sekolah terlibat.

Program PAAB School Sustainability yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2019 itu adalah bagi memastikan semua pelajar dan guru dapat menjalani sesi pembelajaran dengan lebih kondusif tanpa sebarang gangguan bekalan air yang boleh mengganggu kelancaran sesi persekolahan.

Ketua Pegawai Operasi PAAB, Zulkiflee Omar berkata, setakat tahun ini, pihaknya telah selesai turun padang ke tiga buah negeri bagi pelaksanaan program tersebut iaitu Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

“Di Negeri Sembilan dua buah sekolah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja dan Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek yang masing-masing menerima dana berjumlah RM25,000.

“Program di sini telah bermula pada Oktober tahun lalu dengan kerja-kerja menaik taraf kemudahan bekalan air dijalankan dalam tempoh tiga bulan menggunakan peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah berkenaan.

“Tiga bulan berikutnya pula adalah untuk memupuk budaya penjimatan air di peringkat sekolah kepada semua pelajar dan guru menerusi Kempen Kesedaran Air PAAB,” katanya kepada pemberita pada program Kempen Kesedaran Air PAAB di SK Astana Raja, di sini, hari ini.

Ujar beliau, pemilihan kedua-dua sekolah itu adalah berdasarkan kedudukannya yang terletak dalam jajaran projek pembinaan Loji Rawatan Air Sawah Raja Fasa 2 serta kerja-kerja pemasangan paip air dan tangki imbangan Bukit Sembilan di sekitar daerah ini.

Menurutnya, kesemua projek berkenaan bernilai RM79 juta itu mula dibina pada November 2015 dan siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya