Orang Asli lega jambatan tenggelam sudah boleh digunakan

Orang Asli lega jambatan tenggelam sudah boleh digunakan

KEADAAN jalan perhubungan yang ditenggelami air di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan, semalam-UTUSAN/ IHSAN PENDUDUK ORANG ASLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hampir 400 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 di sini, menarik nafas lega apabila jambatan yang ditenggelami air Sungai Sungai Aring akibat hujan lebat semalam sudah boleh digunakan semula hari ini.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, air limpahan sungai yang menenggelamkan jambatan itu mulai surut pada pukul 10 malam tadi.

“Dengan ini segala urusan penduduk yang tergendala semalam kembali pulih seperti biasa. 

“Ekoran limpahan air sungai itu, ramai penduduk yang dalam perjalanan untuk keluar membeli barang keperluan semalam terpaksa berpatah balik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya sebanyak empat lokasi dinaiki air akibat hujan berterusan semalam.

Katanya, antaranya ialah di Kampung Aring 5, Kampung Kerinting, Kampung Limau Kasturi dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh.

“Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan untuk memantau paras air sungai iaitu di Sungai Aring (Kampung Aring 5), Sungai Ketil (Kampung Kerinting), Sungai Kerak (Kampung Limau Kasturi) dan Sungai Ceweh (RKT Kesedar Jeram Tekoh),” ujarnya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuklah di Kedah, Kelantan dan Pahang.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya