Nadir bumi penyelamat ekonomi negara – Pakar

Nadir bumi penyelamat ekonomi negara – Pakar

NADIR bumi yang bernilai tinggi kini menjadi buruan banyak pihak sehingga ada yang berani mencurinya. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor nadir bumi merangkumi ekosistem menyeluruh dari sektor huluan (upstream) dan hiliran (downstream) harus diberi fokus dalam Belanjawan 2023 untuk meningkatkan ekonomi negara.

Beberapa negeri sudah mula meneroka potensinya seperti Perak yang hendak mewujudkan pusat pemprosesan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) lantanid yang berupaya menjana keuntungan besar.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff bagaimanapun berkata, hasil perlombongan bahan itu perlu diproses untuk mendapat nilai yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini hanya China yang mendominasi dari perlombongan hingga ke produk yang siap. Jadi, apabila negara Barat mahu mencari pasaran alternatif, Malaysia berpotensi untuk memenuhi keperluan tersebut.

“Selain itu, ekonomi digital dan aeroangkasa turut mampu meningkatkan peluang pekerjaan kepada generasi kini.

“Pada masa yang sama, peluang pekerjaan boleh ditingkatkan menerusi usaha menarik pelaburan baharu serta membantu perkembangan ke­mapanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Di samping itu, menjalankan lebih banyak inisiatif dan program pembangunan modal insan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, sektor pertanian moden dan sektor digitalisasi dalam arus Revolusi Industri (IR 4.0) harus diuta­makan.

“Galakkan keterlibatan orang muda dalam sektor pertanian, penternakan serta perikanan pintar yang mampu mening­katkan ekonomi negara di samping mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini