Mangsa banjir di Pahang bertambah 4,230 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pahang bertambah 4,230 orang

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Permatang Chicar di Pekan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat apabila seramai 4,230 orang dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Pekan setakat pukul 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, mangsa yang terjejas menunjukkan peningkatan berbanding pukul 6 pagi tadi iaitu seramai 3,997 orang.

Sebanyak 19 PPS dibuka di daerah Kuantan yang menempatkan 4,120 mangsa manakala empat PPS di Pekan membabitkan 110 mangsa.

Sementara itu, data berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan dua sungai masing-masing di Kuantan dan Rompin menunjukkan paras bahaya.

Sungai terbabit ialah Sungai Belat di Sri Damai, di sini, dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin.

Paras air Sungai Belat bagaimanapun menunjukkan trend menurun manakala Sungai Keratong menunjukkan trend menaik.

Beberapa sungai seperti Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan; dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan melepasi paras amaran dengan menunjukkan trend menaik.

Selain itu, Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran berada pada paras waspada dan juga menunjukkan trend menaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.