Lima muzium baru di Selangor - Utusan Malaysia

Lima muzium baru di Selangor

Muzium
BORHAN Aman Shah (tengah) melihat permainan tradisi di Muzium Permainan Tradisional, Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Selangor bakal mempunyai lima muzium baharu yang sedang dibina dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya tahun depan.

Kesemua muzium berkenaan iaitu Muzium Setem, Muzium Tekstil, Muzium Sukan, Galeri Seni Selangor dan Muzium Perlombongan Kapal Korek.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah berkata, muzium baharu itu menjadi penunjuk aras kepada kerajaan Selangor dalam usaha memulihara khazanah dan warisan.

Katanya, projek pembinaan meliputi Muzium Perlombongan yang diselia Majlis Perbandaran Sepang itu dijangka siap hujung tahun ini dan tahun depan. 

“Sebagai contoh, Muzium Setem di Seksyen 14, Shah Alam sedang dalam proses pembinaan dan mengalami kelewatan kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Galeri Seni Selangor pula ketika ini diambil alih JKR (Jabatan Kerja Raya)  dengan kos berjumlah RM30 juta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati di sini, hari ini.

Muzium itu dibuka semula Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) kepada orang awam selepas ditutup akibat terjejas kebakaran pada 2011.

Jelas Borhan, Padat turut sedang giat melaksanakan kerja menaik taraf Muzium Sultan Alam Shah yang dijangka siap pada Oktober tahun ini. 

“Kerja baik pulih muzium itu kini di peringkat akhir dan kita berharap ia dapat beroperasi secepat mungkin,” ujarnya.

Ditanya mengenai Muzium Permainan Tradisional, beliau berkata, muzium yang mula dibuka pada 2007 itu siap dibina semula dengan kos RM500,000.

“Cadangan kerja baik pulih dimulakan pada Oktober 2014 dan diserahkan kepada JKR Selangor pada Mei 2015. Selepas bangunan itu siap, kerja menaik taraf keperluan dan kemudahan muzium dijalankan mulai 2016 sehingga 2021,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya