Kuantan dilanda banjir, 1,285 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS - Utusan Malaysia

Kuantan dilanda banjir, 1,285 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS

ANGGOTA keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir membabitkan warga emas dan kanak-kanak di Kampung Chendering di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini membabitkan jumlah mangsa banjir seramai 1,285 mangsa sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut sekretariat Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, hujan lebat berterusan sejak malam tadi dipercayai antara punca beberapa kawasan di sini dinaiki air.

APM dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 102 ketua isi rumah (KIR) yang membabitkan kira-kira 395 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Dato Manan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini.

Dalam pada itu, kata kenyataan tersebut, Dewan Wisma Belia Indera Mahkota menempatkan seramai 100 KIR membabitkan 351 mangsa.

“Turut dibuka PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (12 KIR dengan 54 mangsa), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (11 KIR dengan 30 mangsa), Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (47 KIR dengan 205 mangsa), Dewan Orang Ramai Taman Tas iaitu 55 KIR dengan 220 mangsa dan PPS Kafa Jaya Gading (lima KIR, 30 mangsa,” kata APM dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, tiga sungai di daerah ini mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu Sungai Lembing dengan ketinggian 35.06 meter, Sungai Kuantan di Bukit Kenau (21.83 meter) serta Sungai Belat di Seri Damai (5.95 meter).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Ayub Ashri memaklumkan, pekan Sungai Lembing mula dinaiki air banjir kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

“Pasukan polis dan APM sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak malam tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya