PETALING JAYA: Permasalahan dihadapi guru-guru dalam penggunaan sistem Pengurusan Identiti (idMe) Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah selesai akibat ketiadaan pelan ‘B’ sebagai sokongan. Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, permasalahan seperti idMe bukan kali pertama, namun tidak diambil sebagai ‘iktibar’ . Beliau berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera kerana memberi kesan kepada murid-murid yang mahu mendaftar ke tingkatan satu khususnya memasuki sekolah…










