PETALING JAYA: Kerajaan wajar melihat implikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terhadap rakyat terlebih dahulu walaupun usaha tersebut bagi mengekang negara berdepan inflasi. Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang mengakui kenaikan OPR menenangkan inflasi walaupun dengan kadar yang tidak jelas, iaitu akan menyekat pinjaman wang daripada bank dan mengurangkan aliran tunai di pasaran. Namun, menurut beliau, ia juga akan menambah beban kepada pengguna yang…