Kaunter imigresen sesak dibuka tujuh hari seminggu  - Utusan Malaysia

Kaunter imigresen sesak dibuka tujuh hari seminggu 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan orang ramai membuat permohonan dalam talian bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku terutamanya di  20 pejabat imigresen mengeluarkan  pasport.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  20 pejabat yang berdepan kesesakan tinggi iaitu sembilan di Wilayah Persekutuan dan Selangor, Johor (lima), Perak (tiga) dan masing-masing satu di Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut beliau, bagi mengurangkan masalah tersebut, kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk membayar lebihan masa bekerja.

“Sehingga hari ini kita sudah keluarkan hampir 2.5 juta pasport dan daripada jumlah tersebut 45 peratus adalah permohonan dalam talian.

“Bagaimanapun, pasport yang dimohon menerusi dalam talian ini akan ambil masa beberapa hari untuk disiapkan, manakala untuk permohonan jumpa terus akan siap dalam tempoh satu hari,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Saifuddin, permohonan pasport meningkat berkali ganda dan akibatnya kaunter-kaunter di Lembah Klang sesak.

“Sebab itu, kita tambah hari bekerja tujuh hari seminggu, Sabtu Ahad bekerja khususnya di pejabat pengeluar passport yang mengalami kesesakan ketara,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya