‘Jika kementerian tidak respons, kami mogok’ - Utusan Malaysia

‘Jika kementerian tidak respons, kami mogok’

Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan diperincikan sebagai maklum balas kepada tuntutan dikemukakan Sekretariat Doktor Hartal Kontrak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak bersedia mela­kukan mogok sekali lagi jika Kementerian Kesihatan terus ‘membisu’ dalam menangani isu berkaitan sistem kesihatan negara dalam tempoh tiga bulan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakapnya, Dr. Muhammad Yassin berkata, gerakan itu memberi tempoh tiga bulan kepada kementerian sebelum mogok dirancang untuk dilakukan secara besar-besaran.

“Mogok besar-besaran itu akan membabitkan gabungan doktor pergigian, pegawai farmasi dan semua pekerja kontrak di Kementerian Kesihatan yang lain.

“Tetapi itu nanti, kita tunggu dulu. Kalau dalam dua atau tiga bulan masih sama atau tak ambil tindakan, maka mungkin terpaksa buat hartal 2.0. Setakat ini masih awal mahu katakan pimpinan baharu gagal atau tidak,” katanya ketika dihu­bu­n­gi, semalam.

Pada Julai 2021, kumpulan doktor kontrak yang tidak ber­puas hati tidak diserap ke dalam perkhidmatan tetap melancarkan mogok serentak di seluruh negara.

Menurut Dr. Muhammad berkata, pihaknya masih me­nunggu tarikh pertemuan de­ngan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa seperti yang dimaklumkan pada Disember tahun lalun.

“Kata mahu jumpa… minta kami sediakan masalah yang dibelenggu doktor kontrak, apabila sudah beri, semua macam berdolak dalik… banyak alasan (untuk jumpa).

“Setiausaha Politik (Dr. Zaliha) berhubung dengan kami sejak awal Disember, tetapi sampai sekarang tidak ada tarikh (perjumpaan), asyik katakan Yang Berhormat (Menteri Kesihatan) sibuk,” kata beliau yang kecewa.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan terus beri tekanan kepada kerajaan terutamanya melalui media sosial atau memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tahu sistem kesihatan negara semakin teruk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN