Hasni serah borang bertanding Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Hasni serah borang bertanding Naib Presiden UMNO

HASNI MOHAMMAD (kiri) berbual dengan Johari selepas menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO semakin ‘rancak’ apabila beberapa pemimpin mengemukakan borang pencalonan mereka.

Antara yang menyerahkan borang pencalonan di Ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur ialah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut ialah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Selain Hasni, difahamkan turut mengemukakan borang pencalonan untuk merebut jawatan Naib Presiden hari ini ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beberapa pemimpin turut dikatakan berminat untuk bertanding jawatan tersebut pada pemilihan parti kali ini.

Jawatan Naib Presiden UMNO disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Setakat ini Mahdzir dan Mohamed Khaled telah mengumumkan akan mempertahankan jawatan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN