Hanya yang kental mampu teruskan misi bantuan

Hanya yang kental mampu teruskan misi bantuan

ANTARA mangsa gempa yang terpaksa menahan cuaca sejuk berikutan ketiadaan tempat berlindung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, Turkiye: Cuaca sejuk sehingga mencecah -5 darjah Celcius antara cabaran dan tekanan dihadapi pelbagai pihak dalam melaksanakan misi menyelamat dan bantuan mangsa gempa bumi.

Walaupun petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan keadaan yang sukar tetapi masih ada yang tidak mampu bertahan dan terpaksa pulang semula ke tempat asal terutama disebabkan kekurangan kemudahan asas seperti tandas.

Menurut Orhan Zengin, 22, dia yang tiba di tempat kejadian di wilayah Hatay sejak hari pertama kejadian dapat melihat sendiri situasi teruk yang diibaratkan seperti hari kiamat.

“Ada NGO yang datang dari Istanbul dan beberapa wilayah pulang sebaik sahaja tiba disebabkan tidak tahan dengan cuaca terlampau sejuk dan kurangnya kemudahan asas.

“Elektrik tiada dan tandas memang sangat terhad. Hanya mereka yang benar-benar kental sahaja sanggup tunggu dan teruskan misi bantuan. Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kejadian gempa bumi bermagnitud 7.8 yang berlaku 6 Februari lalu mengorbankan lebih 40,000 mangsa dengan melibatkan 11 wilayah antaranya Hatay, Adiyaman, Diyabakir, Kilis dan Elazig.

Beberapa negara di rantau ini termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat yang me­landa Turkiye dalam tempoh 10 jam.

Dalam pada itu, Orhan berkata, banyak petugas NGO dan pa­sukan keselamatan kini me­ngalami kepenatan selepas bekerja hampir sehari suntuk dan dalam keadaan serba kekurangan.

“Petugas di sini bukan tertumpu dalam satu-satu tugasan sahaja. Kami perlu melakukan pelbagai kerja.

“Ada masanya, kami perlu edarkan makanan, mencari mayat atau melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Sebab itu banyak yang ‘lari’ pulang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×