PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat pihak kontraktor yang membayar suapan kepada pihak tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi tujuan mendapatkan projek. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, dapatan itu diperoleh daripada siasatan ke atas beberapa akaun milik Bersatu yang dibekukan hujung Januari lalu. “Setakat ini kertas siasatan yang dibuka hampir selesai dan mungkin seminggu atau dua minggu akan siap,” katanya. Menurutnya, beberapa kertas…