Cari bapa: Hasrat warga emas berkahwin semula tertangguh - Utusan Malaysia

Cari bapa: Hasrat warga emas berkahwin semula tertangguh

Rosita Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Hasrat seorang warga emas untuk mendirikan rumah tangga kali kedua pada 19 Februari lalu tertangguh berikutan arahan Mahkamah Syariah yang meminta mencari bapa kandungnya terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, Rosita Ibrahim, 63, tidak mengetahui  di mana bapanya, Ibrahim Sa’id, 84, yang terpisah berikutan penceraian kedua ibu bapanya ketika dia berusia enam bulan pada tahun 1960.

Selepas perceraian tersebut,  arwah ibunya, Ngahtini Gimin, telah berkahwin semula, begitu juga bapanya telah pulang ke Singapura dan mendirikan rumah di negara itu.

“Sejak bayi, saya dipelihara oleh nenek sehingga saya mendirikan rumah tangga menggunakan wali hakim apabila bapa kandung saya tidak dapat dikesan. Perkahwinan pertama  saya bersama arwah Sukaini Tasuki telah dikurniakan dua orang anak, namun suami meninggal dunia pada tahun 2017,” katanya ketika ditemui di sini.

Justeru, Rosita berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin bersama bakal suaminya, Zakaria Omar@ Sayon, 75, seorang pesara Jabatan Kesihatan yang dikenali sejak enam bulan lalu.

Selain tiada lokasi khusus di Singapura, dia juga tidak mengetahui sama ada ayahnya masih hidup atau telah meninggal dunia.

Orang ramai  yang mengetahui di mana Ibrahim berada boleh menghubungi Rosita menerusi talian 012-7814995 atau 017-2215414 atau alamat rumah di Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya