Bunuh pemilik kebun: Reman lima lelaki warga Myanmar disambung - Utusan Malaysia

Bunuh pemilik kebun: Reman lima lelaki warga Myanmar disambung

TEMPOH reman lima lelaki warga Myanmar disambung bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, Port Dickson.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tempoh tahanan reman lima lelaki warga Myanmar disambung tujuh hari lagi susulan kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga yang ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat di Tanah Merah di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman ke atas kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun itu yang sepatutnya berakhir hari ini disambung semula untuk melengkapkan siasatan.

“Perintah reman terhadap lima suspek warga Myanmar itu dibenarkan bersambung selama tujuh hari bermula 28 Februari sehingga 5 Mac depan.

“Sebelum ini mereka telah ditahan reman pada 20 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 (hari ini),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemilik kebun ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan berikat di sebuah kebun buah naga Site A, Tanah Merah di sini pada 18 Februari lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Bertindak atas maklumat, dalam tempoh kurang 24 jam pihak polis berjaya menahan empat lelaki warganegara Myanmar di Shah Alam, Selangor pada pukul 11.40 pagi, 19 Februari lalu.

Siasatan awal terhadap suspek mereka mengaku terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Seorang lagi suspek yang berusia 20 tahun telah berjaya ditahan di Pasar Borong Selayang, Selangor sebelum dibawa bersama untuk perintah reman.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya