Buat laporan palsu, suri rumah didenda RM1,800 - Utusan Malaysia

Buat laporan palsu, suri rumah didenda RM1,800

FATIMAHTONZURA Hassan (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi dituduh kerana dituduh membuat laporan polis palsu kononnya disamun dalam kejadian pada bulan Disember tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang suri rumah didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini kerana membuat laporan palsu kononnya disamun dalam kejadian bulan pada bulan Disember tahun lalu.

Majistret, Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu ke atas Fatimahtonzura Hassan, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Fatimahtonzura dituduh telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun di Jalan Ulu Pilah, di sini, oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Tanjong Ipoh pada 18 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi sebelum itu memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana telah membuat laporan palsu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar denda dikurangkan memandangkan dia mempunyai lima orang anak dengan tiga daripadanya masih bersekolah, selain hanya suaminya sahaja yang bekerja.

Majistret dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius yang boleh membebankan anggota perkhidmatan awam serta membuang masa sehingga boleh memberikan keburukan kepada orang lain.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.