Bomba bantu sediakan air untuk urusan mandi jenazah - Utusan Malaysia

Bomba bantu sediakan air untuk urusan mandi jenazah

ANGGOTA bomba menghantar bantuan bekalan air ke Masjid Taman Rasa Jaya bagi urusan memandikan jenazah selepas beberapa kawasan di daerah Seremban mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Susulan gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini sejak semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dekat sini membuat perkhidmatan khas kemanusiaan penghantaran air kepada Masjid Taman Rasah Jaya bagi urusan memandikan jenazah.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berkaitan perkara itu pada pukul 9.34 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan berkaitan khidmat khas tersebut kami menghantar sebuah tangki air yang berjumlah 20,000 liter bagi urusan memandikan jenazah di masjid berkenaan pagi ini.

“Kami telah mengisi lebih 800 liter air di tangki simpanan air bagi kegunaan mandi jenazah. Ini bukan kali pertama kami menerima panggilan seperti ini dan kami bersedia pada bila-bila masa sekiranya diperlukan,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pihak bomba akan mengikut keperluan dan panggilan bagi perkhidmatan khas kemanusiaan seperti ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan akan membuat penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah pada 31 Januari sehingga 2 Februari.

Ia berikutan kerja-kerja penyambungan dan pengalihan paip serta kerja-kerja servis peralatan bervoltan tinggi di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban dan Loji Rawatan Air Sungai Terip, Seremban.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya