Asmayudin cabar anak Najib jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan - Utusan Malaysia

Asmayudin cabar anak Najib jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan

apsyen ASMAYUDIN UYUB (kiri) dan MOHAMAD NIZAR NAJIB (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan sesi 2013 hingga 2018, Asmayudin Uyub mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti itu bermula awal bulan depan.

Beliau akan menentang seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohamad Nizar Najib yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asmayudin berkata, beliau yakin dengan sedikit pengalaman dan semangat daya juang, mampu untuk memberikan sebaik mungkin sumbangan kepada mengukuhkan semula UMNO Bahagian Pekan.

“Sebagai ahli parti yang setia serta menghormati demokrasi yang diamalkan dalam UMNO, ia mendorong saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan.

“Sesiapa sahaja dalam UMNO bebas untuk mencalonkan nama mereka dalam mana-mana jawatan dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Asmayudin berkata, beliau sedia berdepan siapa sahaja calon untuk jawatan itu termasuk Mohamad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri.

“Setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk memilih siapa yang layak untuk menjawat jawatan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya