Anak bekas MB Negeri Sembilan tanding MKT UMNO - Utusan Malaysia

Anak bekas MB Negeri Sembilan tanding MKT UMNO

MOHD. Najib Mohd. Isa menerusi akaun TikTok miliknya, berkongsikan video yang turut memaparkan beliau menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding jawatan MKT UMNO pada pemilihan parti itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Anak sulung bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Najib, 45, menawarkan diri untuk mengisi jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini.

Ketua Pemuda UMNO Port Dickson itu berkata, selepas lebih 20 tahun bersama di peringkat sayap, sudah tiba waktunya untuk beliau memberikan khidmat pula di peringkat atasan parti.

“Fokus adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, daripada situ berdasarkan pengalaman dan pendedahan bersama Pemuda UMNO lebih 20 tahun bagi membantu pucuk pimpinan.

“Lebih penting untuk mengukuhkan hala tuju parti bagi menghadapi pilihan raya terutama melibatkan orang muda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Najib yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu menambah, bagi memastikan UMNO kuat dalam keadaan parti itu tewas pada pilihan raya umum lalu, MKT perlu mempunyai suara daripada pelbagai segmen masyarakat.

“UMNO mempunyai asas dan struktur yang kuat namun bagi memastikan parti ini lebih kuat pada masa akan datang, saya rasa dalam MKT perlu ada wakil dan suara pelbagai segmen masyarakat supaya kita boleh buat keputusan yang betul,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya