Agensi pelancongan ada fleksibi­liti pinda tarikh

Agensi pelancongan ada fleksibi­liti pinda tarikh

SEORANG wanita Syria memangku anaknya dalam cuaca sejuk di kawasan bencana gempa bumi di bandar Jandairis, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi pe­lancongan di Malaysia yang sudah membuat pelan membawa warga tempatan bercuti di Turkiye boleh meminda ke suatu tarikh melalui perbincangan dengan pi­hak terlibat.

Presiden Majlis Pelanco­ngan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis berkata, setakat ini tiada penerbangan ke negara itu dibatalkan kerana keba­nyakan penerbangan terus ke Istanbul yang tidak terlibat dengan gempa bumi.

Bagaimanapun, menurutnya, agensi pelancongan yang ingin meminda tarikh membawa pelancong ke negara tersebut diberi fleksibi­liti untuk berbincang dengan syarikat penerbangan dan hotel.

“Kejadian ini disebabkan bencana, ia tidak boleh die­lakkan. Jadi sekiranya ada perancangan membawa pe­lancong warga tempatan ke Turkiye, ini akan berbalik kepada pakej yang ditempah.

“Sekiranya ia membawa bahaya kepada pelancong, seeloknya jadual perjalanan itu ditangguhkan untuk keselamatan dan perkara ini boleh dibincang dengan pihak terlibat.

“Sejak Covid-19 dan pandemik, industri pelancong sudah menjadi semakin fleksibel terutama kejadian tidak dapat dielak seperti bencana serta wabak. Jadi melalui perbincangan, semua pihak akan cuba beri solusi terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Uzaidi berkata, tragedi di Turkiye tidak memberi kesan besar kepada agensi pelancongan Malaysia, memandangkan ia berlaku bukan semasa musim cuti.

“Turkiye merupakan an­tara destinasi pelancongan yang popular dalam kala­ngan rakyat Malaysia, memang tidak boleh disangkal bahawa ia merupakan antara lokasi paling digemari dan ini dibuktikan melalui kekerapan penerbangan ke sana dan permintaan tinggi daripada pelancong.

“Namun, kita bernasib baik sebab ketika ini bukan musim cuti atau cuti sekolah untuk Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN