Wajibkan pelancong China RT-PCR, perintah kuarantin

Wajibkan pelancong China RT-PCR, perintah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) perlu terus menggunakan ujian tindak balas rantai polimerase (RT-PCR) dan perintah kuarantin terhadap pelancong China yang tiba di negara ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ini kerana saringan demam tidak memadai untuk membendung gejala Covid-19 daripada masuk ke negara ini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan tidak mahu menutup pintu sempadan terhadap pelancong China, ujian PCR dan perintah kuarantin yang ditanggung oleh pelancong itu sendiri perlu dikuatkuasakan.

“PCR patut dilakukan dan ditanggung oleh mereka sendiri. Kerajaan juga perlu wujudkan sistem yang membolehkan kita jejaki mereka ini.

“Namun, lebih baik kita kua­rantin pelancong terus sebaik sahaja mereka sampai di sini, minimum lima hari bagi pastikan mereka benar-benar negatif dan selepas itu baru boleh ma­suk. Kos ini juga perlu ditanggung oleh pelancong sendiri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Mengenai tanggapan rakyat Malaysia ‘cepat melompat’ sehingga mahu melakukan sekatan, Sharifa Ezat berkata, jika rakyat tidak mempunyai pera­saan tersebut, bermakna ramai berisiko mati.

“Jika tidak, sistem kesihatan kita akan tenggelam. Jika kita lihat laporan di sebelah sana (China), berapa banyak hospital sudah penuh dengan pesakit. Jadi adakah kita mahu berdepan perkara sama?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×