Treler bawa tong gas terbalik - Utusan Malaysia

Treler bawa tong gas terbalik

SEBUAH treler yang membawa muatan lebih 500 tong gas terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau - Rompin, Jempol tengah hari tadi.-GAMBAR/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sebuah treler yang membawa muatan lebih 500 tong gas kosong terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 17, Jalan Bahau – Rompin, di sini kira-kira pukul 12.25 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati, pemandu treler seorang diri membawa muatan tong gas kosong dalam perjalanan dari Bahau di sini menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas.

Menurutnya, sebaik tiba di selekoh lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan. 

“Dalam kejadian itu juga semua muatan tong gas yang kosong telah bertaburan di atas jalan dan pemandu telah tersepit di bahagian hadapan kenderaannya. 

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa berusia 45 tahun, dipercayai mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kaki kanan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.