Tidak perlu pilihan raya, hanya rombak Kabinet

Tidak perlu pilihan raya, hanya rombak Kabinet

LEE KUOK TIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada keper­luan untuk mengadakan Pi­lihan Raya Negeri (PRN) di Sabah pada masa ini kerana Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor masih mempu­nyai sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Sabah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Lee Kuok Tiung berkata, buat sementara waktu ini, Hajiji hanya perlu merombak Kabinet Negeri bagi menggantikan kekosongan jawatan yang di­tinggalkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) yang telah menarik sokongan.

Tambahan pula, katanya, bukan semua ADUN BN menyokong keputusan dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.

“Namun, sudah pasti pilihan raya merupakan satu lagi pilihan yang boleh diambil kira bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang dikehendaki untuk menjadi kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, Bung Moktar dilihat menggunakan na­ratif seperti yang dimulakan sebagai oleh Timbalan Presi­den Parti Warisan (Warisan) apabila membangkitkan tentang ketua parti seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Jika isu ketua parti dibangkitkan, semasa zaman Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah dahulu pun, beliau bukan ketua parti.

Ketika ini, ketua parti bagi BN adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×