Suami isteri jadi ‘transporter’ bawa daun ketum dan ubat batuk dicekup

Suami isteri jadi ‘transporter’ bawa daun ketum dan ubat batuk dicekup

MUHAMAD  Zaki Harun (kanan) menunjukkan ubat batuk yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri ditahan selepas didapati membawa daun ketum seberat 260 kilogram (kg) dan 10 liter ubat batuk bernilai RM9,300 di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka di sekatan jalan raya (SJR) Batu 6,  Batu Melintang dekat Jeli, Selasa lalu.

Kedua-dua suspek berusia 47 dan 45 tahun itu diberkas kira-kira pukul 10.50 pagi ketika mereka melalui SJR berkenaan dalam keadaan mencurigakan dari arah Gerik ke menuju Jeli.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan di dalam MPV itu menemui sebanyak 26 bungkusan beg plastik hitam mengandungi daun ketum dan sebuah kotak berisi botol ubat batuk di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Siasatan mendapati, pasangan itu disyaki menerima upah sebagai ‘transporter’ untuk membawa bekalan daun ketum yang diperoleh dari sebuah negeri di utara untuk dijual di Kelantan.

“Suami isteri itu juga didapati tidak bekerja dan mereka dipercayai hanya meraih pendapatan melalui penyeludupan daun ketum dan ubat batuk,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini 

Muhamad Zaki memberitahu, berdasarkan semakan, suspek lelaki mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.