Seorang lagi Ahli Parlimen BN sokong Hajiji

Seorang lagi Ahli Parlimen BN sokong Hajiji

HARUN DURABI dan ANDI MUHAMMAD SURYADY BANDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengekalan nama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sebagai pembantu menteri dalam Kabinet Negeri Sabah menunjukkan jumlah ADUN BN yang kini menyokong Datuk Seri Hajiji Noor meningkat kepada tujuh orang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan beliau mengekalkan dua ADUN BN sebagai pembantu menteri dalam barisan kabinetnya.

Pengesahan itu secara tidak langsung menujukkan dua ADUN BN itu kini menyokong kepimpinannya.

Antara yang dikekalkan sebagai pembantu menteri ialah Ahli Parlimen Kalabakan , Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Tanjung Batu) dan Datuk Harun Durabi (BN-Bengkoka).

Andi Muhammad dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian manakala, Harun pula dilantik sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sebelum ini, lima ADUN BN telah menyatakan sokongan terhadap Hajiji secara terbuka selepas Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama sebahagian pemimpin BN bertindak menarik sokongan daripada Hajiji selaku Ketua Menteri.

Lima ADUN BN itu termasuk Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin).

Shahelmey kini mengambil alih jawatan Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya manakala, James Ratib pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Tindakan kesemua tujuh ADUN BN itu telah membelakangkan keputusan pimpinan BN Sabah dalam menarik sokongan daripada Ketua Menteri.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya