Rancangan lima tahun bukti PKR mahu kuat di Kelantan, Terengganu 

Rancangan lima tahun bukti PKR mahu kuat di Kelantan, Terengganu 

RAFIZI Ramli (tengah) pada sidang akhbar selepas Konvensyen Pilihan Raya Negeri Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : PKR serius membina kekuatan di Kelantan dan Terengganu dengan memperkenalkan rancangan lima tahun dalam usaha memikat hari rakyat untuk menerima kehadiran parti itu.

Timbalannya Rafizi Ramli berkata,  rancangan yang akan dibentang pada akhir Februari ini itu melibatkan peningkatan kemahiran dalam kalangan anggota parti untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Menerusi rancangan itu, kita akan memperincikan semua aspek termasuk dari segi kemahiran, kehadiran anggota membabitkan masyarakat serta kualiti khidmat. Hal ini bagi memastikan ahli PKR dapat memberikan perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat setempat.

“Kita akui anggota dan akar umbi kita memerlukan kemahiran tertentu yang selama ini  tidak dilatih dengan baik sehingga ada jurang dan beberapa negeri perlu diberi tumpuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihanraya Negeri Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu, beliau berharap seluruh ahli parti dapat mengambil peluang itu sebaik mungkin bagi memastikan PKR terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Kelantan dan Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata, PKR dijangka melancarkan koperasi pada bulan depan dalam menjaga kebajikan anggota menerusi ekonomi setempat.

“Bagi penubuhan koperasi PKR ini, kita menyasarkan sekurang- kurangnya 20 hingga 30 peratus ahli menyertainya,” ujarnya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya