PRN: PN dominasi utara, pantai timur

PRN: PN dominasi utara, pantai timur

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dijangka mendominasi Perlis, Kedah dan pantai timur seperti Kelantan serta Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pakatan Harapan (PH) pula diramal mengekalkan kuasa di tiga negeri di ba­wah pentadbirannya iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, jangkaan itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan situasi politik semasa.

“Gelombang yang berlaku di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan adalah kerana pe­ngundi Melayu beralih soko­ngan kepada Pas berbanding UMNO. Jadi sebab itu saya katakan bukan sebab PN, bukan sangat disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi oleh Pas itu sendiri dan mereka mempunyai pengaruh kuat di sebelah utara serta timur.

“Tetapi kalau kita tinjau keputusan PRU15, ia tidak menjadi di negeri sebelah barat. Tetapi di tiga negeri di bawah Pas, tiada masalah kerana ia berada di sebelah timur dan utara Malaysia dan itulah gelombang hijau yang kuat. Namun, di se­belah barat, keputusan itu tiada gelombang sangat.

“Jadi, bagi saya tiga negeri PH itu kalau digabungkan dengan tidak bertembung dengan Barisan Nasional (BN), maka besar kemungkinan dikekalkan PH,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, Azmi berkata, jangkaan itu turut bergantung kepada keadaan semasa yang jelas dilihat sekarang, dua parti politik yang berseteru iaitu UMNO dan DAP duduk di bawah satu bumbung menerusi kerajaan perpaduan.

“Walaupun dalam kerajaan ada UMNO dan DAP, setakat ini tiada perselisihan faham antara dua parti yang semenangnya semua tahu berseteru. Ini memang tidak dapat dinafikan memang wujud, namun setakat ini pembangkang dikatakan tidak menyerlah lagi, gelombang PN sukar menarik sokongan daripada pengundi di sebelah barat.

“Malah, dalam hal kerajaan pula Perdana Menteri bijak menggunakan situasi, ada kuasa dan pengaruh menentukan hala tuju kerajaan. Semua faktor ini memainkan peranan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesyorkan enam negeri yang dijadualkan menghadapi PRN pada tahun hadapan, mengadakannya secara serentak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×