PRN: Negeri Sembilan jangka bubar DUN pada Mei atau Jun 2023 - Utusan Malaysia

PRN: Negeri Sembilan jangka bubar DUN pada Mei atau Jun 2023

AMINUDDIN Harun beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan yang hadir pada Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka hanya akan dibubar antara bulan Mei dan Jun tahun ini bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tempoh berkenaan adalah selari dengan pendirian kerajaan negeri sebelum ini yang mahu memberikan khidmat genap selama lima tahun seperti mandat yang telah diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Awal lagi sudah dimaklumkan, insya-Allah dibubarkan pada bulan Mei atau Jun tahun ini, sampai pada penghujung penggal kerana kami rasa mandat diberikan adalah lima tahun, jadi gunakan lima tahun ini untuk pastikan negeri dapat ditadbir dengan baik.

“Dalam keadaan sekarang, politiknya dinamik jadi tiada runsing sangat dan keadaan juga tenang, saya harap dalam tempoh ini sehingga bulan Mei kami dapat terus berikan yang terbaik untuk negeri,”

“Saya tidak mahu asyik bercakap tentang politik, akan cerita tentang pembangunan selepas ini, ya, macam-macam boleh berlaku dalam politik, tetapi saya rasa kena kawal supaya (Negeri Sembilan) boleh dilihat sebagai negeri yang berpotensi dan mempunyai masa depan dalam bidang ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di sini hari ini.

Ditanya tentang kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bagi menghadapi PRN kelak, Aminuddin berkata usaha mengenainya sedang berjalan.

“Keputusan mengenainya insya-Allah akan diketahui hujung bulan ini, saya berdoa ada keputusan yang baik bagi menstabilkan suhu politik negara,” katanya yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya