KUALA KRAU: Penduduk Kampung Pulau Pasir Mandi di sini merayu kerajaan membina sekolah baharu di kawasan itu bagi mengatasi risiko anak-anak mereka yang terpaksa menaiki bot menyeberangi Sungai Pahang untuk ke sekolah berdekatan. Sejak awal tahun 1980an, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pasir Mandi yang tinggal di kampung terbabit tiada pilihan selain terpaksa menaiki bot untuk perjalanan sejauh 150 meter ke sekolah berkenaan yang terletak di Kampung Bukit Lada, Kerdau. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kampung Pulau Pasir Mandi, Abdul Halim Md. Saman berkata, biarpun atas nama kampung itu, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya