Pecat ahli langgar disiplin perkara biasa-Ku Li

Pecat ahli langgar disiplin perkara biasa-Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (duduk, tengah) semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan semalam.UTUSAN/AIMUMI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menegaskan pemecatan keahlian mereka yang melanggar disiplin merupakan perkara biasa bagi sesebuah parti politik.

Ku Li berkata, setiap parti mempunyai peraturan dan disiplin tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahli.

“Seseorang yang tidak ikut tatacara, cara kerja dan susunan organisasi akan dikenakan disiplin untuk menjaga atau supaya parti berjalan dengan baik. Apatah lagi dalam keadaan sekarang usaha dijalankan untuk menstabilkan keadaan politik. 

“Kita menghadapi pemilihan pimpinan parti daripada semua peringkat dan sudah tentu ketua parti akan mengawasi perjalanan parti dan tingkah laku pemimpin-pemimpin sama ada yang menjalankan tugas biasa atau ada yang mempunyai minat untuk mencabar jawatan-jawatan tertentu, sampai ke peringkat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas isu pemecatan bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada parti itu.

Terdahulu, beliau mempengurusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini semalam.

Selain itu beberapa pemimpin lain turut digantung, termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu memberitahu, beliau tidak terkejut tindakan tersebut dan percaya perkara itu sudah diteliti dengan cermat oleh pihak yang bertanggungjawab termasuklah jawatankuasa disiplin. 

“Kalaulah tidak berpuas hati bolehlah buat rayuan kerana ini perkara biasa dalam parti politik.

“Itulah biasanya kalau orang kena tindakan seumpama itu dia boleh merayu, sama ada rayuannya ditimbang atau tidak itu terpulang kepada pihak yang bertanggungjawablah. Saya tak perlu nasihatlah. Semua dah dewasa dan  bertaraf pemimpin,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya