Motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah banjir - Utusan Malaysia

Motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah banjir

TANGKAP layar rakaman video tular yang menunjukkan sebuah motosikal dihanyutkan arus deras semasa melalui Jalan Nitar, Mersing yang ditenggelami air banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura dipercayai dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir di Jalan Nitar, Mersing hari ini.

Difahamkan motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi itu mengalami kerosakan ketika meredah banjir di jalan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah hari tadi semasa konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian pada tengah hari tadi. 

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang dinaiki antara mereka rosak. 

“Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di kawasan Kampung Jamari, Mersing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak tunda.

Hari ini tular sebuah rakaman  video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya