Lori bawa telur terbalik - Utusan Malaysia

Lori bawa telur terbalik

SEBUAH lori membawa muatan telur yang terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 242.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Rembau pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah lori membawa muatan telur ayam terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan telur yang berada dalam lori tersebut bertaburan dan pecah di atas lebuh raya.

Ujar beliau, kemalangan turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer menuju ke utara dan berterusan selama dua jam.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, berdasarkan maklumat diterima kira-kira pukul 9.11 pagi, kemalangan membabitkan sebuah lori yang dipandu di lorong kiri yang hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

“Lori berkenaan terbalik di lorong tersebut. Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.